Definisi Perniagaan Internet dan Talian

Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu. Apa yang membezakan cumalah platform sahaja.



Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet, kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya dengan lebih cepat.

Segala – galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin di jual mempunyai nilai atau tidak . Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari. Inilah dunia perniagaan internet di mana trnasaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain.




Antara contoh perniagaan internet ini adalah:
  • ·         Perkhidmatan hosting server ataupun domain.
  • ·         Iklan, seperti Google Adsense ataupun Nuffnang
  • ·         Penjualan produk digital seperti ebook ataupun software
  • ·         Affiliate.
  • ·         Perkhidmatan nasihat (konsultasi) dalam bidang SEO.
  • ·         Perniagaan artikel.
  • ·         Perkhidmatan email marketing.

Jadi saya pasti anda sedikit sebanyak telah jelas tentang perniagaan melalui online ini, ia bukan program scam sebaliknya ia realiti. Saya cakap ini sebab sendiri terlibat sebagai IMer (istilah yang banyak dipakai untuk merujuk kepada seorang peniaga ataupun usahawan internet) dan saya juga telah berjaya membuat jualan secara  maya ini. Nak tahu saya berniaga apa, nantikan dalam topik-topik akan datang.☺


Jadi apa yang saya ingin katakan, sebenarnya telah ada bukti orang yang menjadi jutawan melalui internet. Antara yang saya kenal adalah Zamri Nanyan, Rahman Basri dan Razif Yusof. Mereka ini merupakan IMer sepenuh masa dan saya percaya pendapatan mereka sebulan boleh mencecah 5 angka atau lebih.


Comments

Popular posts from this blog

Pendapatan Pasif Modal Kecil

Phytoscience Networking Business