Definisi Perniagaan Internet dan Talian
Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu. Apa yang membezakan cumalah platform sahaja. Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet, kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya dengan lebih cepat. Segala – galanya boleh dijual di internet tida...