TARGET..!!

Menetapkan TARGET atau MATLAMAT

Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM40 dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000″

Dulu pada zaman saya sekolah cikgu selalu berpesan, apabila anda dah ada target, langkah seterusnya ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut. Cikgu saya pernah berpesan juga anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan untuk mencapai Target anda.
Gud Luck !!

 Siapa yang tidak mahu untuk memiliki kereta besar, rumah besar yang mempunyai enam bilik, mempunyai aliran tunai yang berlimpah ruah serta memiliki simpanan yang cukup, yang mampu diwarisi kepada anak dan cucu untuk tujuh keturunan. namun percayalah bahawa semua ini tidak akan datang bergolek di depan mata kita sahaja!

Ini kerana untuk berjaya menggapai segala yang anda hajati, ia memerlukan pengorbanan yang besar dan ada cabaran-cabaran yang perlu anda hadapi terlebih dahulu sebelum anda berjaya. Ingatlah bahawa usahawan yang berjaya tidak akan tunduk kepada sebarang cabaran walaupun ia melemahkan jiwa!

Ada 4 cabaran hebat yang perlu anda tempuh sebelum anda berjaya menjadi seorang usahawan yang hebat. 4 cabaran ini jika tidak dibendung, ia bakal merencatkan perkembangan perniagaan anda secara tidak langsung.

-Mendapat Tentangan Keluarga-
Ramai yang hanya mendiam diri apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memulakan perniagaan. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memberikan reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi.

Kuatkan hati, akal dan minda untuk terus mengatasi masalah ini. Ingatlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan mula mengubah persepsi mereka setelah melihat kejayaan kita.



-Tidak Mempunyai Aliran Tunai yang Konsisten-
Punca utama sesuatu perniagaan gulung tikar dalam tempoh kurang tiga tahun adalah tidak mempunyai aliran tunai yang konsisten dan pengurusan kewangan yang mantap.


Jalan penyelesaian untuk masalah ini, usahawan amat digalakkan mempelajari bagaimana mengurus kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Terdapat banyak agensi kerajaan yang menganjurkan bengkel dan seminar pengurusan kewangan yang boleh dirujuk.



-Masa Antara Keluarga dan Business-

Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampiri anda.

Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka situasi anda sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa anda agar anda boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda.



-Kurangnya Ilmu dan Strategi Business-

Ilmu bukan sahaja dituntut semata-mata untuk anda menjawab soalan peperiksaaan sahaja. Ilmu perlu dicari supaya anda cukup bersedia menghadapi apa sahaja ‘persoalan’ yang muncul dalam perniagaan anda.

Sentiasalah belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang baru agar perniagaan anda boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan.

“Usahawan yang berjaya mendaki gunung kejayaan adalah mereka yang bertekad mahu mencapai kejayaan. Manakala usahawan yang hanya menunggu dan lihat serta memilih jalan selesa akan sentiasa berada ditakuk lama dan menjauhi kejayaan”



Dengan menguasai 4 cabaran di atas, anda pasti akan berjaya dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Ingatlah bahawa andalah penentu kepada masa depan perniagaan anda dan cuma anda sahajalah yang mampu mengubah hidup anda.


Comments

Popular posts from this blog

Definisi Perniagaan Internet dan Talian

Phytoscience Networking Business

Pendapatan Pasif Modal Kecil